nuffnang

Shutterstock

My latest images for sale at Shutterstock:

My most popular images for sale at Shutterstock:

Tuesday, March 29, 2011

Dust Delete Data: Special feature from canon.

Setiap kali kita menukar lens, kemungkinan habuk masuk memang tidak dapat dielakkan terutama jika semasa angin bertiup atau kawasan banyak habuk. Risiko amat tinggi. Kamera Canon terkini mempunyai feature dipanggil Dust Delete Data dan aplikasinya bersama DPP. Untuk menggunakan function Dust Delete nih. Pertama sekali datanya mestilah telah diambil terlebih dahulu oleh kamera. Ada cara untuk melakukannya sepertimana dalam buku manual kamera. Setelah data ini diambil, semua imej yang dirakam selepas itu, akan disertakan dgn data ini. Jika data belum lagi diambil atau tidak pernah dibuat, fungsi ini tidak akan dapat dipilih dalam DPP (sila lihat kamera anda dan check pernahkah data ini diambil? Besar kemungkinan tak pernah dibuat).

CARA AMBIL DATA :
1. Sediakan kertas putih bersih dan tampalkan pada dinding (cahaya biar sekata).
2. Setkan lens pada focal length 50mm atau keatas.
3. Set focus mode lens kepada MF (manual focus) dan pusing focusing ring ke infiniti.
4. Pada kemera, terus pergi ke menu untuk ambil dust delete data.
5. Pilih OK.
6. Kamera akan buat Auto Sensor Cleaning dan kemudian shutter akan berbunyi seperti mengambil gambar tapi sebenarnya tidak.
7. Pada jarak lebih kurang 1 kaki dari kertas putih, penuhkan pandangan viewfinder dengan kertas putih tadik.
8. Click shutter untuk mengambil gambar (Sebenarnya gambar tidak dirakam. Hanya data sahaja yg diambil oleh kamera. Dan ini boleh dilakukan walaupun tiada card).
9. Pilih OK pada menu. Sekarang kamera sudah mempunyai test data sebagai reference. Jika kamera tidak pernah melakukan procedure Dust Delete Data, fungsi ini tidak akan dihigh-lightkan oleh DPP pada imej-imej yang dirakam kamera.

Selepas dari ini, semua gambar yang dirakam, samada dalam JPeg atau RAW, akan disertakan dengan dust deleta data. Dan boleh digunakan semasa DPP. DPP akan enablekan fungsi ini secara automatik.

SEMASA di DPP
1. Pilih / highlight imej atau beberapa imej atau kesemua imej.
2. Klik pada menu Adjustment dan pilih Apply Dust Delete Data.
3. Imej tersebut akan dibersihkan dari kesan sensor dust secara automatik tapi kesannya selepas batch process.
4. Jika dust terlalu tebal, perlukan klik beberapa kali lagi. Jika tidak berjaya, boleh dilakukan secara manual menggunakan stamp tool.
5. Jika dust tak berapa jelas kelihatan, kena lakukan secara manual dgn stamp tool.
6. Imej yang sudah dibuat imbasan oleh DPP, akan ada tanda stamp tool.

Mengikut manual, adalah satu amalan yang baik jika setiap kali kita menukar lens atau sebelum memulakan satu-satu job yang penting, procedure Dust Delete Data dilakukan. Fungsi ini tidak terdapat pada semua kamera. Ada model tertentu tidak mempunyai feature dust delete data.

No comments:

Post a Comment

123rf

BigStock

Stock Photos, Royalty Free Stock Photography, Photo Search

DepositPhotos

Royalty Free Images